jawab 15 saat sahaja
a. 15 x 15 =...............
b.25 x 25 =...............
c.35 x 35 =...............
d.45 x 45=................
e.55 x 55 =...............
f.65 x 65 =................
g.75 x 75 =................
h.85 x 85 =...............
i.95 x 95 =................
Masa Itu Doa
- ZAINAL JANIS
- Batu Pahat, Johor, Malaysia
- -Sudah Berkahwin -Guru S.K. Peserai, Batu Pahat, Johor
About Me
Blog Archive
Jom Chat
Followers
Tuesday, April 27, 2010
Sekali air bah sekali pantai berubah,
Air dicincang tidak akan menjadi putus,
Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana mufakat,
Tiada rotan akar berguna.
Friday, April 23, 2010
Agenda:
Bacaan Doa oleh Imam Abd.Karim bin Mahadi, Imam Surau Kg.Petani.
1.Kata aluan daripada pihak lelaki
2.Kata aluan daripada pihak perempuan
3.Rangkaian pantun daripada pihak lelaki
4.Rangakian pantun daripada pihak perempuan
5.Majlis menyarung cincin
7.Majlis dipelamin
8.Majlis mengemas kini hantaran
9.Jamuan makan
10.Majlis pertukaran barang hantaran
11.Majlis penutup ucapan pihak perempuan
12.Majlis penutup ucapan pihak lelaki
13.Majlis bersurai.
Sebentuk cincin tanda pertunangan,
Majlis pertunangan disusun indannya;
............ dulang tanda pinangan,
Kami terima dengan seikhlasnya.
Bunga jatuh dilantai yang licin,
Lantai yang licin disapu bernis;
Merisik sudah sebentuk cincin,
Disarung pula ke jari manis.
Wajah yang merah makan jamu,
Ulam banyak dengan beremi;
Rombongan yang jauh kita bertemu,
Terima kasih ke teratak kami.
Daun selasih daun serai,
Masak bersama buah kuini;
Tibalah masa pembuka tirai,
Dalam majlis hari ini.
Allhamdulilah saya mulakan,
Assalamualaikum saya ucapkan;
Cikgu Zainal nama diberikan,
Majlis ini amat dinantikan.
Menerima pinangan untuk pertunangan,
Hantarannya sudah ditetapkan;
Tempoh dua tahun boleh dicepatkan,
Asalkan janji tetap dinantikan.
Dalam merisik sudah ditentu,
Serba satu sudah diperkatakan;
Hantarannya..............,
Kedua pihak sudah dibincangkan.
Thursday, April 22, 2010
Sutingan bunga segar di taman,
Harum mekar indah baunya;
Segar indah menjadi idaman,
Dihinggap kumbang alang cantiknya.
Kumbang datang dari tasik,
Kerana bunga sudah dipetik;
Teruna datang sudah merisik,
Melamar bunga yang sungguh cantik.
Monday, April 12, 2010
Terima kasih Guru Besar, PKG, LDP, Safar ,Masrianis dan lain-lain kerana sudi mengajar ict kepada saya