Tuesday, April 27, 2010

ICT

Posted by ZAINAL JANIS

1.Google dihasilkan pada tahun 1996 oleh dua pelajar dari Universiti Stanford iaitu Sergei Brin dan Larry Page , berasal perkataan googol bermaksud nombor besar.

2.Kelebihan 3G ialah membolehkan aplikasi video, audio dan data rangkaian jalur lebar serta membenarkan aktiviti kamunikasi jarak jauh, berkelajuan sehingga 2Mbps.

3.YouTube diasaskan pada tahun 2005 oleh 3 petugas PayPal iaitu Chad Hurley, Steven Chen dan Jawed Karim.

4.ICT dipanggil Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Salah satu ialah penggunaan komputer.
Beberapa kemudahan telah disediakan seperti komunikasi satelit, kesihatan-telekesihatan, perbankan internet, keselamatan-satelit telemetri, industri hiburan dan video, buku elektronik dan perpustakaan elektronik, rangkaian sosial seperti facebook, twitter dan friendster, MySpace.

Isikan penjodoh bilangan berikut

Posted by ZAINAL JANIS

1.Se...................................... kacip

2.Se...................................... mutiara

3.Se...................................... tasbih

3.Se....................................... kalung

4.Se...................................... pantun

5.Se...................................... pulau ( yang banyak )

Teka teki

Posted by ZAINAL JANIS

1.Di dalam gelap ada bintang? .....................................

2.Pit kudayan kepala 3 kaki 8? ...........................................................................

3.Bila berenang ia ke tengah, bila dicapai hanyut ke tepi? .........................................

Matematik

Posted by ZAINAL JANIS

jawab 15 saat sahaja
a. 15 x 15 =...............
b.25 x 25 =...............
c.35 x 35 =...............
d.45 x 45=................
e.55 x 55 =...............
f.65 x 65 =................
g.75 x 75 =................
h.85 x 85 =...............
i.95 x 95 =................

jawab

Posted by ZAINAL JANIS

Sekali air bah sekali pantai berubah,
Air dicincang tidak akan menjadi putus,
Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana mufakat,
Tiada rotan akar berguna.

Friday, April 23, 2010

Posted by ZAINAL JANIS

Agenda:
Bacaan Doa oleh Imam Abd.Karim bin Mahadi, Imam Surau Kg.Petani.
1.Kata aluan daripada pihak lelaki
2.Kata aluan daripada pihak perempuan
3.Rangkaian pantun daripada pihak lelaki
4.Rangakian pantun daripada pihak perempuan
5.Majlis menyarung cincin
7.Majlis dipelamin
8.Majlis mengemas kini hantaran
9.Jamuan makan
10.Majlis pertukaran barang hantaran
11.Majlis penutup ucapan pihak perempuan
12.Majlis penutup ucapan pihak lelaki
13.Majlis bersurai.

Posted by ZAINAL JANIS

Sebentuk cincin tanda pertunangan,
Majlis pertunangan disusun indannya;
............ dulang tanda pinangan,
Kami terima dengan seikhlasnya.

Posted by ZAINAL JANIS

Bunga jatuh dilantai yang licin,
Lantai yang licin disapu bernis;
Merisik sudah sebentuk cincin,
Disarung pula ke jari manis.

Wajah yang merah makan jamu,
Ulam banyak dengan beremi;
Rombongan yang jauh kita bertemu,
Terima kasih ke teratak kami.

Daun selasih daun serai,
Masak bersama buah kuini;
Tibalah masa pembuka tirai,
Dalam majlis hari ini.

Allhamdulilah saya mulakan,
Assalamualaikum saya ucapkan;
Cikgu Zainal nama diberikan,
Majlis ini amat dinantikan.

Menerima pinangan untuk pertunangan,
Hantarannya sudah ditetapkan;
Tempoh dua tahun boleh dicepatkan,
Asalkan janji tetap dinantikan.

Dalam merisik sudah ditentu,
Serba satu sudah diperkatakan;
Hantarannya..............,
Kedua pihak sudah dibincangkan.

Thursday, April 22, 2010

Pantun

Posted by ZAINAL JANIS

Sutingan bunga segar di taman,
Harum mekar indah baunya;
Segar indah menjadi idaman,
Dihinggap kumbang alang cantiknya.

Kumbang datang dari tasik,
Kerana bunga sudah dipetik;
Teruna datang sudah merisik,
Melamar bunga yang sungguh cantik.

Monday, April 12, 2010

Posted by ZAINAL JANIS

Terima kasih Guru Besar, PKG, LDP, Safar ,Masrianis dan lain-lain kerana sudi mengajar ict kepada saya

Posted by ZAINAL JANIS

Tahun ini 2010 ada tidak Hari Keusahawanan SK Peserai, Hari 100 Tahun jika tidak silap buat pada 13 Jun 2010 serta Malam Jasamu Dikenang

Posted by ZAINAL JANIS

Ayu dan abang serta menantu pulang ke Batu Pahat pada 30 April dengan berhati-hati di Lebuh Raya. Ayah dan ibu doakan agar selamat perjalanan pergi dan balik. Datuk buat kuih pada hari Khamis, ipar duai datang rewang pada hari Jumaat dan Sabtu 1 Mei 2010

Posted by ZAINAL JANIS

Selamat datang kepada 2 orang guru Mat Salleh selama 5 hari di SKP

Posted by ZAINAL JANIS

terima kasih kepada sesiapa yang sudi menyertai blok saya.
Sila hadir ke Mesyuarat AJK Khairat Kematian Kg.Petani pada 18.4.2010 dan Mesyuarat Agung Khairat Kematian kali ke-4 pada 25.4.2010 jam 9.00 malam di Balai Raya kg.Petani.